Friday 24 April 2015

~~KOSONG~~~


Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google

I am 0!
Kosonggg, kosongggg……..
Yeah! That’s what I feel, right now! Zero! Blur..no hopes…no idea..nothing in mind..bored..
Bored of been bored, because being bored is soo boring! Bole tak? Hihihi. This quotes makes me smile a bit. From my friend….good old days.
See! Right now lagu ‘Kosong’ pulak sedang dimainkan! Seriously! Aku tak tipu! Hmm..what’s that mean, hah…?
Yeah..you know, mesti ada something yang buat aku feel ‘kosongggg’..kalau tak, tidak la aku nak jot down pasal ‘kosong’ nih..hihihi..
Well, just face it as always… another challenges of life, maybe maturing attitude is in progress..hahaha..if it’s really in progress, hoping it will end in a good condition..ada cikgu English tak, kat sini? Betul tak ayat saya tu, cikgu? Hihihi..
Bila sebut ‘cikgu’, teringat pulak my sifu here. Apa khabar, cikgu Monalita Mansor? Lama tak chit chat ngan cikgu. Hope, cikgu sentiasa di dalam lindungan Ilahi. InsyaAllah.

Oklah. Got to go.

#Salam kasih sayang!

Tuesday 21 April 2015

FENINGGG ~~~~~

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       My Arkib

Assalammualaikum, semua…
Huwaaaaa! Aku pening lorrr! Pening menengok ‘clocking’ para pak guard syarikat kawalan keselamatan. Ini serius! Memang berpinauu mata aku! Boleh muntah dibuatnya!
Ha! Ni lah 'clocking' yg aku citekan tu!
Pengawal keselamatan mengawal 24 jam sehari, 24/7 u! Setiap 2 jam, mereka perlu mengetip atau itu yang aku panggil ‘clocking’ di setiap stesyen yang ada mesin, ala, macam tempat puch card tu kot! Sekolah biasanya ada 4 stesyen. Bayangkan, mulai awal bulan à 1hb, sampai akhir bulan à 28hb/30hb/31hb, aku kena menyemak every 2 hours! Mesti kena ada, kalau tidak, dikenakan denda 20% dari harga invois!
2  4  8  10  12  14  16  18  20  22  00  2  4  6  8  10  12  14  16  18  20  22  00  dan seterusnya sehinggalah habis bulan itu…sifir 2 aku every minutes, macam mana tak rasa nak termuntah? Haduiiii…….
Macam mane ni? Macam mana aku nak atasi rasa nak muntah menghadap menatang ni? Padahal, inilah kerja aku kat sini!? Adui dui aduii! How how how??? Dahlah invois menimbun-nimbun, lebih kurang 24 buah syarikat kawalan, invois pulak dari bulan Januari ada yang tak berbayar lagi! Adoiiiiii mak!!
Uwaaaa! Acaner nih?! Aku bukan risau tak boleh siapkan kerja. Aku yakin aku mampu habiskan invois sebanyak ni, sebab kalau nak ikutkan, kerja-kerja kat PPW dulu laaaagiiii banyak! Tapi, macam mana aku nak siapkan, kalau dalam satu hari, nak menyemak 3 invois ni pun aku dah berpinau, pening, nak muntah!
Ke, something wrong somewhere? Am I preggy????
Arghhhh! Pu ce tauuuu!!!

#Salam kasih sayang!

Wednesday 15 April 2015

--> CMD'S INFO'S <--


Teks     :    Azaliza binti Salmin
Foto     :   Arkib Sendiri

Assalammualaikum!
Ok! Hari ni aku nak share sikit info-info berkaitan CMD!

Apa itu Concentrated Mineral Drops (CMD)?

-       CMD adalah sejenis mineral surih yang pekat yang diekstrak dari 72 jenis mineral dari bahan-bahan alami/semulajadi.
-       Sumber mineral terbaik dari Tasik Great Salt Lake, Utah, USA.
-       Gabungan 72 jenis mineral surih semulajadi dalam bentuk cecair, mudah diserap bagi membantu mengimbangi pH dalam badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik agar mampu menyerap suplemen lain dengan lebih berkesan.
-       Keupayaan kepekatannya dapat mengubah struktur air yang anda minum dan amat terbaik untuk menambahkannya ke dalam semua minuman serta makanan anda.

Tindakan Asas Concentrated Mineral Drops (CMD)

·         Nyahtoksin dari dalam darah
·         Nyahtoksin dari dalam usus
·         Memberi tenaga segera
·         Menguatkan tulang



Manfaat Concentrated Mineral Drops (CMD)

MEMBERSIH :-
DARAH;
-untuk sistem peredaran darah yang sihat, mencegah kolesterol, masalah darah tinggi, jua masalah tekanan rendah & diabetes
USUS;
-menyihatkan masalah pembuangan, mencegah sembelit, buasir, barah usus @ kolon, najis berdarah

MEMBINA :-
-tulang, sendi, rambut, kulit & gigi yang kuat
-komponen asas badan seperti sel darah, enzim, menstabilkan hormone, juga sebagai sumber vitamin/mineral yang diperlukan oleh semua sistem dalam badan


MENGUATKAN :-
SISTEM BADAN;
-menguatkan sistem bio-elektrik, penghadaman, & ketahanan badan bagi mencegah penyakit
FIZIKAL & MENTAL;
-mengatasi stress, kesihatan lebih stabil serta mampu membantu minda dalam mengatasi tekanan/stress

MENGGIATKAN :-
PRESTASI/STAMINA;
-ketahanan badan dalam melakukan aktiviti-aktiviti agar lebih berstamina dan kurang keletihan
REFLEKS MENTAL/FIZIKAL;
-penerimaan pengetahuan lebih baik tanpa mengira usia, bagus untuk IQ kanak-kanak dan pelajar

-penyerapan nutrient/suplemen lain dengan lebih baik

Ok lah! Next time, akan aku update lagi KEPELBAGAIAN khasiat dan kebaikan CMD ni ya!

#Salam kasih sayang!

Saturday 11 April 2015

TEMAN LELAKI UPAHAN


Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google

Best, kan cite nih!! Sangat best! Permulaan yang biasa-biasa je, perjalanan cerita yang membuat kita semua ternanti-nanti menahan kesabaran menunggu pengakhiran cerita!
Mula-mula tengok hero, macam biasa je kan..belum ada cerita dia yang meletup lagi..tapi, aku ni memang jam 7 tu saat untuk bersantai di depan tv..layankan je lah..
Well, aku memang belum pernah baca novelnya..bila dah tengok cerita ni, lagilah aku taknak baca sebab kalau dah tengok cerita, lebih baik teruskan je sebab bagi aku, 'feel' membaca dengan menonton walaupun adaptasi, memang berlainan...dan aku lebih prefer menonton sebab kalau ada novel yang aku dah baca kemudian dijadikan cerita, agak hambar..bagi aku lah,kan!
Watak Kyra Lydia dibawa dengan excellent sekali oleh Siti Elizad. Gayanya sangat elegant, vogue, dan..memang mantop lah! Thumbs up! Aku suka Kyra Lydia dalam cerita tu!
And of course, Ungku Ismail juga membawakan watak yang sangat happy go lucky sebagai Ekhwan Lutfi atau nama glamournya, EL..watak yang sangat bersahaja, chef yang memang sempoi, dan ahli korporat yang bergaya.
Pertambahan penceritaan yang best, pelakon tambahan yang mantap, nak-nak pembantu Kyra, si Adel, dan kawan chef si EL tu, aku lupa pulak namanya. Cerita yang sangat menarik!
Ending cerita ni pun sangat berlainan. Buat orang tertanya-tanya, tetapi dihabiskan dengan penceritaan ke arah perkahwinan. Best best best! Tahniah kepada pengarahnya, Isma Aizal kalau tak silap aku.
So, overall, aku takde nak komplen ape-ape pasal cite nih sebab memang best! Kalaulah dapat tengok non-stop nak-nak tang episod-episod akhir tu, pehh, memang best lah!
Well, ni semua pendapat peribadi aku ya!

#Salam kasih sayang!

Friday 10 April 2015

MY ATKINS!

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Googling de Google

Kalau nak diikutkan, hari ini ialah hari pertama aku memulakan diet Atkins aku, LAST YEAR!


Ooppsss!
Assalammualaikum, semua! Semoga di dalam keadaan yang sihat hendaknya, insyaAllah.Main terjah terus je aku ni! Hihihi. Petang ni aku terajin sikit nak mencoret something here.

Ok, start balik. Yup! 10hb April 2014 adalah tarikh aku memulakan diet Atkins aku dengan begitu disiplin sekali! Karbo hanya 20g sehari! No sugar! Means, memang aku tak ambil nasi, roti, dan segala jenis makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, dan tiada minuman manis!
Pehh! Sangat disiplin aku masa tu!

Nape sekarang ni payah benau aku nak mulakan balik diet aku tu eik? Bila nekad untuk mula je, ada je halangannya. Tapi tu lah, disiplin sebenarnya yang aku perlu. Semangat pun mesti kena ada, barulah boleh jadi macam tahun lepas. Dapatlah aku turunkan dalam 5-6 kg hasil diet Atkins ku itu tahun lepas.


Hmmm….bila bila bila ni, aku nak ada semangat balik?!! Berat aku sekarang ni jauh dah dari berat hasil diet aku tu! Naik kauu, dalam 3 kg! Adoii! Bila nak kurus nih?!!! Hihihihi..

Apa yang penting sebenarnya, ialah sihat! Dengan badan yang sedia ada ni pun, aku tidak mudah jatuh sakit. Tapi, kalau gi jumpa doktor, my blood pressure is always in de border. Hihihi.
Tapi yelah, asalkan kesihatan berterusan, itu sudah memadai. Cuma, perempuan,kan. Keinginan untuk bergaya tu sentiasa ada. Hihihi.

Ok lah, ok! Fokus fokus! Aku tidak mahu delay kerja-kerjaku di tempat baru nih! Kenalah tunjuk ke’efiesen’an dalam berkerja! Ye dak?!!

Ok, till then!

Salam kasih sayang!

LIFE & GST (PART II)

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto        :       Carian Google

Assalammualaikum! Salam Jumaat yang indah untuk semua!
Ok! Meh aku sambung tips menghadapi GST dari Dr. Azizan Osman – Mentor Kejayaan dan Kekayaan. Mana yang boleh dipraktikkan, kita praktikkan. Tak salah berkongsi ilmu because sharing is caring! MMuuaahhh!
Toksah merepek panjang-panjang, Azaliza! Hihihi…

Tip 4 à Memasak
Siapa yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari makan di kedai (Alamak!! Aku memang kurang rajin sikit walaupun dah anak 3! Hahaha!) Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja atau sekolah (Haa! Yang ni memang aku praktikkan sekarang @ my new place! Belum rasa nak join diorang makan kat luar lorr! Bukan jauh pun, Hentian Duta jek! Tapi, still belum nak! Bekal yang aku bawak pun bukan heavy sangat! Roti jek! Balik kol 5 petang memang kebulur kauu! Hahaha!)

Tip 5 à Pengangkutan
Masih ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam (Well, yang ni memang aku berkongsi tapi dengan asben aku lah! Dari dulu lagi!)

Tip 6 à Jangan Tambah Hutang

Sudah-sudahlah dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil (Yeah! That’s right! Syukur Alhamdulillah asben aku jenis yang cermat orangnya..dia lah yang mengawal aku sebab aku ni boross!! Hahaha! See! Pasangan memang kena melengkapi kekurangan masing-masing, right?!!)

Tip 7 à Tambah Ilmu
Belajar membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST (Hmm..yang ni is what I am doing now..mencari dan mencuba. Tapi, pulus memang blom lebih lagi. Seminar DAO pada 19hb April ni pun mujurlah tak sampai RM1k! Hihihi..Tak sampai RM100/= la! Acah mak enon!)

Well, guys! Ilmu memang sentiasa perlu dicari. Tapi, aku ni, anak belum berapa nak besar yang bongsu tu. Macam susah sikit nak bergerak. Ahh!! Alasan! Nak seribu daya, kan?!!
Hihihi. InsyaAllah, akan aku cuba selagi boleh. Yelah, untuk kebahagiaan keluarga aku jugak!

Ok lah! Next time, aku share another 3 more tips, hokey!
Stay tuned with my blog! Kihkihkih!
Jangan lupa! CMD tetap terbaik dan menguntungkan! Lama aku tak update pasal CMD dan biz aku yang santai dan mudah itu,kan! Hishh! Mana boleh lupa nih! CMD dan bisnes iexp4u.com skang ni dah terkenal, dah! Aku nak la menjadi orang yang memperkenalkan kebaikan dan khasiat CMD kepada korang, bloggers yang hebat! Nantikan ya!

Till then! Babai & Assalammualaikum!

#Salam kasih sayang!

Thursday 9 April 2015

SO FAR SO GOOD

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       En. Google

Assalammualaikum, semua! Hope life getting more better day after day, insyaAllah.

Today, genap seminggu aku di tempat kerja baru ku ini. Well, so far so good. Rutin kerjaku tidaklah banyak sangat berubah. Sama je dengan kerja-kerja yang aku lakukan sewaktu di PPW dahulu. Cuma di sini, kerja aku lebih dispesifikasikan. Maksud aku, aku buat kerja itu sahaja dalam satu-satu masa.
Ok, let me explain. Kat sini, aku hanya perlu membuat bayaran L/O (local order), bayaran kontrak kawalan keselamatan sekolah-sekolah, pusat koko, asrama, dan membuat bayaran sewaan. That's all! Walaupun kerja aku kali ini itu sahaja, namun, tidak aku nafikan sangat banyak terutamanya L/O. Tapi, aku juga harus akui, walau sebanyak mana pun L/O tu, aku hanya perlu membuat bayaran sahaja. Tidak perlu sampai bawa balik ke rumah. Hihihi. InsyaAllah.

Ye kala aku di PPW, L/O tu dari permulaan kerja iaitu memohon Nota Minta, proses L/O hinggalah kepada membuat bayaran, semuanya KAMI di Unit Kewangan & Akaun, PPWBPKL yang buat.Tidaklah sebanyak di tempat baru aku ini. Itu memang aku pasti sebab baru seminggu aku di sini, hampir 50 L/O telah aku proses pembayarannya.

Kawalan Keselamatan pun sama. Kalau dulu di PPWBPKL, aku turut memproses invois untuk Pembersihan Bangunan & Kawasan, di tempat baru aku, tidak lagi. Tapi, kesemua syarikat Kawalan Keselamatan di Zon Sentul dan Keramat adalah di bawah jagaanku. Banyaklah kalau nak diikutkan, ada lebih kurang 40 buah syarikat. Kalau dulu, kami dibahagi-bahagikan kawalan dan pembersihan, masing-masing perlu jaga dalam 8 buah syarikat.
Ah! Aku nak terangkan pun berbelit-belit. Hihihi. Yang pasti, sepanjang seminggu di sini, aku boleh catch up semua kerjaku. Hopefully berterusan. Namun begitu, sahabat-sahabatku di PPWBPKL terutama di Unit Kewangan & Akaun sentiasa di ingatan. Hmmm, teringat la pulak jerih-perih kami di sana. Ahh! Sudah-sudah! Hihihi.

What's important, we have to love our job! Barulah kita akan rasa happy alwayz! Kan kan kan?!

#Salam kasih sayang!

Wednesday 8 April 2015

LIFE & GST



Teks   : Azaliza binti Salmin
Foto    :  Carian Google

Assalammualaikum, sahabat maya! Bagaimana suasana kehidupan selepas GST? Ahh! Teruskan sahaja kehidupan ini. Nak tak hendak, mesti kena lalui dan harungi juga. Betul tak? Sama ada kita suka atau tidak, inilah hakikat kehidupan tahun 2015 ni.
Aku ni bukanlah pandai sangat bab-bab ekonomi, bab-bab naik turun harga barang. Tapi, aku terasa lah juga tempias bahang GST. Yelah, time rakyat semua bersedia nak hadapi GST yang memang kata orang, lagi banyak harga barang naik dari turun, time itulah juga negara kita beli pesawat baru untuk kegunaan PM Malaysia dek kerana pesawat yang sebelumnya dah 16 tahun digunakan. Boleh tak??? Ooppsss!
Hmm, biarlah. Siapa aku untuk komen lebih-lebih. Hihihi. Apapun, Tun Dr. M sentiasa dihati dan menjadi kebanggaanku sampai bila-bila.
Kali ini, aku ingin berkongsi sedikit tips-tips nak menghadapi dunia GST. Tips ini aku perolehi dari Dr. Azizan Osman, korang mesti kenal, kan?! Aku setakat ni belum pernah lagi menyertai seminar-seminar yang dianjurkannya. Tetapi, aku mengikuti setiap tulisannya melalui emel. Tapi, 19hb April akan dating nanti, mungkin aku ikut serta Seminar Hidup Luar Biasa yang dianjurkannya, insyaAllah. Aku dah bayar dah pun yuran penyertaannya.
Oklah, ok. Mari aku kongsikan tips-tips Dr. Azizan Osman.

“Bila difikirkan semula, memang tidak dinafikan orang ramai akan menjadi marah dengan GST ini. Lagi-lagi jika kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai yang diterima dari rakyat jelatanya (Uhuk uhuk! Tersedak pulak aku! Hmmm). Bagi saya (DAO, ok!) GST wujud atau tidak bukanlah perkara utama memberi lesen untuk anda membebel cerita masalah kewangan diri serata Negara. Bukankah lebih baik masa membebel ini digunakan untuk membina satu pelan kontigensi bagi menangani masalah GST sebelum ianya memudaratkan anda dalam jangka masa panjang (betul jugak,kan! Takyah pikir lebih-lebih nau!). Bagi mengurangkan kerunsingan, saya bercadang untuk berkongsi beberapa tips-tips peribadi yang berkesan ke atas diri saya dan berharap ia juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa yang membacanya.

TIPS 1 à Akaun Kewangan Peribadi
Sebelum anda mencari pendapatan baru, apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan. Sebelum anda sibuk menjaga kewangan Negara, lebih baik anda uruskan kewangan keluarga terdahulu.

Hmm..aku tak reti la nak nengok dan teliti perbelanjaan-perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Apa yang pasti, harga susu, pampers memanggg naik!
TIPS 2 à Jangan Bakar Duit
Ini isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah (aku tak pun, sebab asben aku pun tak merokok!). Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca satu papan tanda (DAO ok!  ) di Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah”.
Anda faham ke tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.
TIPS 3 à Buat Perbandingan
Jangan berbelanja ‘mengkhinzir’ buta (hahaha). Rajinkan sikit diri tu, pilih di mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “Memang hawau peniaga ni”.

Bab nak banding-bandingkan harga ni, suami aku yang rajin. Syukurlah aku punyai lelaki seperti itu. Tu sebabnya orang selalu kata, pasangan ni saling melengkapi kekurangan masing-masing. Hargailah mereka seadanya.
Ok!  Itu dia beberapa tips buat masa ini. Actually, ada 10 tips kesemuanya. Lagi 7 tu, nanti aku kongsikan ya!
Sampai sini dulu buat masa ini!
#Salam kasih sayang!




Thursday 2 April 2015

2ND DAY!


Teks   :           Azaliza binti Salmin
Foto    :           Mr. Google

Assalammualaikum, semua!

Serius! Aku mengantuk gile kat tempat baru! Bosan pun ade! Biasalah, new place, new environment, still in process menyesuaikan dengan keadaan dan suasana baru. ‘Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, ye mengaum’!
Tapi, ok lah. Hari pertama dah ada tugas seperti biasa. Tapi, belum tahap sesibuk di tempat lamaku lagi.

Apa yang boleh kukatakan, suasana di sini agak bingit. Jabatan,kan. Ramai la manusia-manusia bergelar staf di sini. Di unit aku je hamper 40 orang semuanya. Tempat lama aku? 7 orang je, beb! Hihihihi.

Masih dalam proses berkenalan dengan Ketua Unit, CC, dan semua2 lah! Hari pertama dah tersilap Ketua Unit. Aku di Unit Akaun, ku sangkakan KU (singkatan untuk Ketua Unit) aku ialah yang itu, rupanya yang ini! Yang itu tu KU untuk Unit Kewangan! Boleh bayangkan tak?!
Di sini, Unit Kewangan berlainan dengan Unit Akaun. Kala aku di PPWBPKL, kamilah Unit Kewangan, kamilah juga Unit Akaun! Haa!!! Imagine us working like what what what!!!!!

Ape pun, syukur Alhamdulillah atas segalanya. Aku harus bersyukur, walaupun sedih meninggalkan tempat lama. Yelah, fresh intake aku ditempatkan di PPW Bangsar & Pudu, Kuala Lumpur. Hampir 8 tahun di sana, macam-macam suka duka telah aku lalui. Mana mungkin aku lupa, ditambah lagi dengan rakan-rakan yang memang sekepala di Unit Kewangan & Akaun aku tu!

Hmm..ok lah! Sampai sini dulu!

#Salam kasih sayang!

Wednesday 1 April 2015

DREAM COMES TRUE!

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       My Arkib

Assalammualaikum! Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat, insyaAllah..
U know what? Aku dah bertukar ke tempat baru! Yes! This is my 1st day @ my new place! Hahaha! Aku ditempatkan di Jabatan Pendidikan, so, atas sikit dari Pejabat Pendidikan! Ok lah,kan! After all, this is what i'm hoping for, right?!
bye bye!

Biasalah, tempat baru, semuanya baru. Kawan baru, meja baru, kerja baru. Rasanya yang pling mencabar, nak adapt dengan suasana dan persekitaran di tempat baru je lah, kan!
First impression, ok, bole la my new place nih..takdela lari sangat corak pekerjaannye dgn things yg aku buat mase kat PPD! Lepas 3 jam kat sini, cam mengantuk pun ade! Hahaha! Orang baru!
hai!!!
Hoping, tempat baru ni lebih selesa, senang kerja, dan aku dapat men'scheduled'kan jadual ku semula!
Miss my blog!
Till then!

#Salam kasih sayang!