Tuesday 24 February 2015

HIDUP INI

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google

Assalammualaikum, sahabat yang dikasihi. Semoga kehidupan anda sentiasa diberkati Ilahi, insyaAllah.

Kehidupan perlu dteruskan. Life must goes on whatever it takes. Klise. Cakap senang lah,kan? Again and again. Same words, same quotes. But nothing change.

Oh ya! Korang pernah dengar tak group watsap mengaji Al-Quran? Pernah tak?
Mungkin ada yang pernah dengar, atau dah join dah pun group tu. Aku dah join, tau! Group Al-Quran DiHatiku. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, dengan join group ni, ada lah juga bahagian masa dalam sehari aku peruntukkan untuk membaca ayat-ayat suci kalam Allah SWT. Aminnn. Jutaan terima kasih aku kepada kakakku yang sorang dunia akhirat (Azlina Salmin) kerana mengajak dan memperkenalkan aku dengan group Al-Quran Di Hatiku.

Kalau ada yang di luar sana ingin turut serta, watsap saja aku di 016-5151421. Nanti aku bagitau admin. Kalau tak silap aku, dah hampir 100 lebih group ni dibuka. Alhamdulillah, sambutan yang sangat memberangsangkan. Sekurang-kurangnya, group ini berusaha menarik kita semua untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Inilah kehidupan. Kita yang tentukan. Kalau masih kecik lagi macam anak-anakku yang bertiga tu, memanglah aku sebagai mamanya yang menentukan. Maksud aku, mendidik mereka untuk menjadi lebih bijak menentukan hala tuju kehidupan mereka sendiri kelak.

Hmmm..oklah. Kalau korang semua teringin nak tau lebih lanjut pasal group watsap Al-Quran DiHatiku, just whatsapp me ok!

#Salam kasih sayang!

Sunday 22 February 2015

JOM LA CUBA CMD!

Teks       :      Azaliza binti Salmin
Foto       :       Carian Google

Assalammualaikum semua!

Haaa! Sekarang ni, dah viral sangat pasal Concentrated Mineral Drops di pasaran! Haa! Korang pun mesti selalu nampak promosi2 dekat FB, kan? Pasal CMD ni?! Tahniah kpd yang telah mengambil langkah awal utk bersama-sama menjadi yang TERRR awal dalam bisnes iexp4u ni! Syukur, alhamdulillah kan!

Bila dah viral, dah terkenal, macam-macam persaingan yang berlaku! Kadang-kadang tu, secara sihat, ok lah kan! Tapi persaingan yang nak menjatuhkan tu yang tak best tu! Kitorang yang ikhlas berurusniaga menjadi mangsa! Tapi, itulah ragam perniagaan! Kalau ada rezeki untuk kita, terima dengan hati terbuka. Kalau tiada, redha kerana belum rezeki kita lagi. Ye dakk?!!

Khasiat CMD ni terrr sangatlah banyak dan cara penggunaannya pun terr sangatlah mudah!
CMD ni bukan ubat atau suplemen ye! Ia diklasifikasikan sebagai MAKANAN kerana ia adalah mineral surih dari bahan-bahan alami, iaitu terdiri daripada 72 jenis mineral.

Mineral ni sangat diperlukan oleh tubuh badan kita berbanding vitamin, tau!!! haa, percaya ke tak percaya! Orang selalu ambil vitamin sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan, tapi diorang sedar atau tidak bahawa tubuh kita memerlukan mineral lebih banyak berbanding vitamin! Tak percaya??! Pi tanya doktor, baq kat hang! Hihihi..

Gurau je, kawan-kawan! Tapi, itulah.. ilmu perlu dikongsi bersama. Memang benar, tubuh kita memerlukan mineral lebih tinggi berbanding vitamin. CMD ni mengandungi peratusan magnesium yang tinggi, yang mana magnesium amat penting untuk jantung kita. MINERAL ADALAH MAKANAN KEPADA SEL TUBUH! Sel-sel tubuh badan kita pasti akan bersorak keriangan bila CMD memasuki tubuh!

Jom pm/whatsapp 016-5151421 untuk maklumat lanjut! Mulakan penjagaan kesihatan seisi keluarga kita dengan mudah mulai hari ini dengan titisan CMD!

#Salam kasih sayang!

Saturday 21 February 2015

BILA LAGI NAK UBAH?

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google


Say NO pada kemalasan!!!!!
Kemalasan nak buat itu, kemalasan nak buat ini! NO! NO! NO!

Tetibe je cerita pasal malas! Yelah, aku ni ade la bab-bab yang malasnya payah nak diubah! Malas yang paling utama ialah malas nak.......hihihihi....!

Haiii..bila lah blog aku ni nak jadi glamour kalau asyik malas nak menulis hari-hari..? Kalau aku baca blog mentor2 a.k.a cikgu2 aku, perkara utama ialah JANGAN biarkan blog kita bersawang!! Menulis lah walaupun 10 baris sekalipun! Latih menulis hari-hari supaya menjadi kebiasaan!

Yang itulah malas aku yang payah nak diubah! Kadang-kadang, dah bukak dah blog, dah klik dah new post! Tapi, tak tau nak tulis ape tulah yang asyik membuat malas aku bertambah-tambah!
Banyaklah alasan kau Azaliza!!  Mmuaahhhahaha!

Ape la aku ni! Buat blog kate nak luahkan penulisan! Tapi rupa-rupanya, hakikat tidak semudah sangkaan! ini memang 100% aku setuju! Bukan senang rupanya nak maintain menulis blog sendiri!

Hmmm....atau mungkin, bila aku dah bertukar, baru banyak idea aku kot??
Manalah tau,kan?? Hihihi..

#Salam kasih sayang!

Wednesday 18 February 2015

SANAH HELWAH, GUYS!!!


Teks       :       Azaliza Salmin
Foto       :       Mr. Google

Assalammualaikum, sahabat!!
Wah! Dahsyat sungguh aku ni! Membiarkan blog aku sekian lama bersawang-sawangan! Last published aku tengok 24th Oct 2014! Serius busy orangnya aku nih!

So, how's life all my friends?! Hoping semuanya dalam keadaan baik, insyaAllah. Cikgu Monalita Mansor, tolong maafkan diri ini kerana tidak dapat menjadi student cikgu yang baik. :(  :(

Nak cerita panjang pun, tak tau nak mulakan dari mana. Apa yang pasti, tahun baru, segalanya baru! Walaupun aku rasa akulah orang paling lambat nak cerita pasal tahun baru, sebab dah bulan Februari dah! Ahaks!!

Kerja tetap sama, tidak berubah. Oh ya! Aku dah isi e_pertukaran tau! Manalah tau, ada rezeki di tempat lain. Cari pengalaman kerja di tempat baru pula. Tapi, keputusannya bulan April ni baru keluar.

Ok lah! Next time sambung blogging!
Salam kasih sayang!