Monday 9 June 2014

Aku Masih Di Sini

Teks   :    Aku Masih Di Sini

Ya! Aku masih lagi di sini. Merindui, mencari masa untuk aku ber'blog'ing, menyiapkan segala tugasan yang hanya terluah di hati, 'aku nak buat tu, nak buat ni'. Tapi, aku masih tetap di sini, masih tetap begini.

Masa yang dinanti tetap dicari. Bagai tiada jawapan terhadap penantian ini. Bila? Bila? Bila? Akhirnya, aku jua yang bakal ketinggalan, dek penantian aku juga yang tak kunjung tiba. Semuanya sebab aku masih di sini, tetap begini.

Jaringan layar lebar yang tersenggut-senggut, sekejap boleh, berminit-minit tak boleh, membuat aku bosan untuk menghadap lappy macam orang tiada kerja. Semuanya di minda, untuk diluahkan. Tapi, oleh kerana internet yang selalu menyukarkan untuk aku menembusi alam maya, semuanya jadi tertangguh. Ini pun, aku melunaskan kerinduanku melalui gajetku, yang tak berapa nak canggih. Ah! Pedulikan! Asalkan tercoret sesuatu yang baru, aku puas.

Dietku dah hancur sejak dua minggu lepas! Ha ha ha! Siapa yang boleh tolak air tangan bonda tercinta? Bukan aku! Air tangan ibu takkan dapat mengatasi obsesku untuk kurus! Bukan kurus, ingin mengurangkan berat badan sebenarnya.

Life must goes on whatever it takes.
#Salam kasih sayang!