Tuesday 30 September 2014

ASSALAMMUALAIKUM

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Arkibku

Selamat pagi semua!
Lama juga aku ter'skip' blogging! Of course disebabkan kerana ketidaksempatan aku menggarap serba sedikit coretan serta bingkisan dari diriku.
Hari Sabtu yang lepas, aku ada taklimat berkenaan produk yang aku gunakan serta bisnes yang aku sertai. Tak lama pun, sehingga jam 2 petang sahaja.
Hari Ahad pula, aku ke sekolah anak-anakku untuk program yang dianjurkan sekolah mereka. Karnival Jom Beli di SK Setiawangsa. Nanti aku muat turun gambarnya, ok!
Semalam pula, aku ke Taklimat Pengurusan Kewangan & Akaun Sekolah yang diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Arrgghhh! Walaupun sehari tinggalkan meja, berlonggok-longgok timbunan kerja yang perlu kuhadap. Arrgghh!
Haa!! Guess what??! Semalam sempat aku menjengah Unit Perkhidmatan untuk mengambil borang pertukaran! Hahaha. Hmm, nantikan sahaja keputusanku sama ada serius ingin bertukar keluar dari PPD ni, atau tidak.
Ok lah! Got to go! Bye!

#Salam kasih sayang!

Thursday 25 September 2014

~~SAHABAT~~


Teks       :       Azaliza Salmin
Foto       :       Mr. Google

Sahabat.......
Saat ini, aku kehibaan. Merawati lukaku sendirian. Kesedihan yang melanda diriku tidak terluahkan. Aku benar-benar kesedihan. Kau, yang bernama sahabat, entah di mana. Kau, sahabatku yang dulu denganku, entah di mana.
Aku.......
Tidak mahu tenggelam berpanjangan dalam kehibaan ini. Kerana aku merasakan aku kini sendirian. Lantas, aku tidak mahu menjebakkan diriku di dalam kesedihan yang tidak bertepian ini. Aku harus gagah bengkit, meski berseorangan kini.
Kita.......
Suatu waktu dulu sentiasa bersama. Berkongsi segala duka, semua kegembiraan bersama-sama. Kau sentiasa menyokongku, memberi semangat untukku, membuka mata setiap insan di sekeliling kita untuk melihat kebolehanku, yang selama ini terpendam, tak terlihatkan dek kerana peluang yang tidak diberikan kepadaku. Kau, sahabat! Kau yang membuat aku menonjolkan kebolehanku di depan semua.
Tapi kini.......
Aku tak pasti mengapa kita jadi begini. Tak pasti mengapa kau berubah sedemikian cara. Mengapa tergamak kau melukai hati ini, meski bagimu ia biasa-biasa sahaja. Mungkin bagimu aku bisa menerima. Mungkin bagimu itu hanya biasa-biasa sahaja. Namun, aku benar-benar terluka.
Biarlah.......
Andai itu bisa membuatmu bahagia, aku redha. Andai itu kau anggap biasa-biasa sahaja, aku terima. Kerana aku tidak mahu mengeruhkan hubungan persahabatan kita. Aku tahu kau sedang bahagia. Aku tahu kau sedang dilanda seribu macam kegembiraan. Biarlah kau sentiasa ceria, kerana melihat kau begitu, aku bahagia. Meski terkadang tingkahmu, baris kata mu, menusuk jauh ke dalam hatiku bak sembilu.

Sahabat.......
Andai aku yang terlalu banyak terasa sedang kau tidak memaksudkan apa-apa, biarlah kusembuhkan lukaku sendiri. Biarlah kupendam semua rasa ini sendiri. Kerana walau tiada engkau lagi yang dulu di sisiku, Dia masih sentiasa ada bersamaku. Apabila aku sentiasa mengingat pada-Nya, menyebut nama-Nya, aku tahu Dia sentiasa ada denganku.

Wednesday 24 September 2014

HIDUP LEBIH SIHAT



Teks          :       Azaliza Salmin
Foto          :       Arkibku

Assalammualaikum dan good morning, semua!

Hari ini dan hari-hari seterusnya, badan kekal sihat dan cergas untuk memulakan segala aktiviti! Apabila kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang, sudah tentu badan akan kekal cergas! Chewah!

Macam la apa yang aku makan hari-hari sihat dan seimbang! Hihihi. Semua pun aku telan, seimbang sangat! Tapi, dengan CMD yang aku titiskan dalam air minuman harian, insyaAllah, ia dapat menyeimbangkan tubuh kita dengan cara meneutralkan imun tubuh badan kita.

Tubuh badan kita ni, mostly berasid, yang mana ia adalah penyebab utama kanser. Mintak dijauhkan lah,kan! Air yang kita minum pun peratus keasidan masih tinggi. Sebab itu dengan CMD, ia dapat menukarkan air atau lebih mengalkalikan air minuman tersebut. CMD juga boleh kita titiskan dalam setiap makanan kita.

Jom kita mulakan gaya hidup sihat dengan Concentrated Mineral Drops (CMD). Harga yang mampu milik (tak percaya cuba la tanya harga! hahaha!), malah mungkin anda semua boleh jana pendapatan melaluinya! Yelah, kalau anda semua cuba gunakan CMD ni dan rasai kebaikan serta khasiatnya, pasti anda akan nak menjadikannya sebagai kegunaan harian, secara tak langsung anda akan menjana pendapatan bila anda beli lagi CMD ni! Itu belum lagi kalau syorkan kepada adik-beradik atau kawan-kawan yang lain!

Pm/whatsapp/weechat/telegram aku untuk mengetahui maklumat dan info lanjut mengenai bis santai, produk hebat, poket masyukkk dengan CMD ni!
Ini nomborku --> 016-5151421

Sampai sini dulu!

#Salam kasih sayang!

Tuesday 23 September 2014

AKU DAN KEWANGAN


Teks          :       Azaliza Salmin
Foto          :       Mr. Google

Assalammualaikum!
Hari-hariku diteruskan dengan kerja-kerjaku yang sememangnya berkaitan dengan dunia kewangan. Sebenarnya dari kecil, aku tak berapa nak ingatlah apa yang aku cita-citakan. Rasanya, takdelah berkaitan dengan pengurusan kewangan. Kalau cikgu tanya, yang biasa aku jawab ialah pensyarah, arkitek, jauh sekali akauntan! Selepas PMR pada tahun 1998 pun, aku berpindah ke Sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam.

Tapi mungkin aku memang ditakdirkan untuk menceburi bidang kewangan. Sebab kalau aku fikirkan dan ingat semula zaman-zaman silam dari kecil, aku memang hampir dengan bidang ini. Masa aku sekolah rendah, cikgu selalu minta aku jaga koperasi sekolah, lepas SPM aku bekerja sementara sebagai juruwang di Mc'Donalds dan Carrefour (sekarang AEON Big). Semuanya berkaitan kewangan, kan!

Sehinggalah ke hari ini, jawatan tetapku juga Pembantu Tadbir (Kewangan). Alhamdulillah, syukur aku ada kerja. Bukan aku merungut ke ape, aku hanya mengimbas kembali perjalanan kehidupanku dulu-dulu, mencari balik bagaimana aku boleh terjebak dalam bidang kewangan ni. Dan kini, aku memang pasti, walaupun aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi apa-apa yang berkaitan dengan kewangan, tapi Allah S.W.T telah menetapkan dan mengatur hidupku sebaik-baik aturan untuk terlibat dalam bidang kewangan. Biar banyak atau besar mana pun cabaran yang aku hadapi kini dalam kerjayaku, aku memang yakin bahawa ini adalah bidangku bila aku imbas kembali semua yang aku tulis tadi. Allah S.W.T sebaik-baik perencana hidup.

 Aku dan pengurusan kewangan, tidak dapat dipisahkan! Hihihi!
 Sampai sini dulu!

 #Salam kasih sayang!

Monday 22 September 2014

MY ATKINS!

Teks       :       Azaliza Salmin
Gambar  :       Arkibku

       Assalammualaikum, semua! Selamat memulakan tugas hari ini! Laksanakan tugas tersebut dengan penuh keikhlasan dan senyuman!
       Kepada Cikgu Monalita Mansor yang disayangi, tugasan masih dalam proses pembikinan. Hihihi. Apabila sudah mula menulis ni, walaupun sekadar catatan harian, mood untuk berimaginasi seakan-akan menyala kembali. Tapi, masih dalam kesamaran, namun saya akan cuba untuk menggarap idea demi mu,cikgu!
       Pernah dulu aku bercerita tentang dietku, bukan? Ingat lagi, tak? Diet Atkins tu. Ya, dulu tak silap aku sekitar bulan April 2014, aku memulakan diet Atkins. Memang aku sangat disiplin waktu itu, dan hasilnya juga sangat memberangsangkan walaupun inchloss tak banyak mana.
       Namun, sejak pertengahan Ramadhan yang lepas, aku dah tak kuat semangat. Sehingga tiba musim raya, dan sampailah ke hari ini, dietku tak mula-mula lagi. Berat badan yang dahulu semakin menghampiri, walaupun aku akui, selepas aku tidak mengamalkan diet Atkins, berat badanku statik! Serius! Tetapi, sejak seminggu dua ni, bila aku timbang, jarum timbang tu dah bergerak ke kanan. Maksudnya, dah tak statik lagi!
       Tak tahulah aku bila aku nak mulakan kembali dietku itu semula. Hmm, kalau benar-benar disiplin, memang boleh kurus kau!
       Ok lah, setakat ini dulu buat masa ini.
       Idea!!! Datanglah kau ke dalam lubuk minda dan jiwaku! Datanglah!
       Hihihi.

       #Salam kasih sayang!

Sunday 21 September 2014

CERPEN KANAK-KANAK


Teks         :       Azaliza Salmin
Gambar    :       Carian Google

“Ibu! Danish dah besar, ibu! Danish boleh jaga diri sendiri! Ibu janganlah risau sangat! Danish dah darjah 5, ibu!” jerit Danish kepada ibunya. Rahima hanya merenung anak itu. Tidak tahu mahu berkata bagaimana lagi kepada anak sulungnya. Dia mengeluh perlahan.
            Danish menghempaskan punggungnya ke kerusi malas berhadapan dengan televisyen. Spontan dia mencapai remote control di atas meja bersebelahan dengan kerusi didudukinya, menghidupkan televisyen sambil mencari-cari siaran yang disukainya. Daniel, anak kedua Rahima hanya memerhati tingkah abangnya itu.
            Danish membatukan diri, sambil matanya tertancap ke kaca televisyen. Lagak yang ditunjukkan Danish seperti dia ingin memprotes sikap ibunya yang asyik tidak membenarkan dia melakukan apa yang ingin dilakukannya.
            ‘Aku dah besar! Aku tahu jaga diri aku! Bukan aku nak pergi jauh pun, dan bukan aku nak buat benda yang tak baik! Tapi ibu ni, itu tak boleh, ini tak boleh! Bencilah ada ibu macam ni! Nizam tu boleh je, mak dia tak marah pun!’ bisik hati kecil Danish.
            Rahima berlalu ke dapur. Otaknya ligat memikirkan apakah cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kerisauannya yang sebenar andai memberi kebebasan sepenuhnya kepada Danish. ‘Kau baru darjah lima, nak. Kau belum cukup dewasa untuk ibu benarkan pergi sendiri,’ rintih hati kecil Rahima.  Dia masih bersabar dengan sikap yang ditunjukkan oleh Danish sebentar tadi, melawan kata-katanya sebagai ibu. Rahima sedar dia patut menunjukkan ketegasannya sebagai ibu, tetapi dalam situasi sebentar tadi, dia merasakan dia perlu beralah dengan cara berhemah kerana Danish sedang melalui peringkat tumbesaran yang memerlukan ketegasan dalam toleransi, bukan kekerasan.
            “Abang, abang nak ikut Nizam pergi perpustakaan, kan? Ibu bagi tak? Daniel nak ikut sama,” di ruang tamu rumah, Daniel berbisik kepada abangnya yang sedang tekun menonton televisyen. Danish beralih pandangan ke adiknya. “Memanglah, abang nak ajak Daniel sekali. Bukan kita nak buat apa pun, nak baca buku je di perpustakaan. Itupun ibu tak benarkan,” Danish mendengus lagi. Dia memandang adiknya yang baru darjah dua.
            “Nanti abah balik, kita ajak la abah, abang. Masa tu mesti ibu bagi kita pergi,” Daniel menambah, lurus.
            “Abang nak pergi dengan kawan-kawanlah. Bukan dengan ibu. Sesekali kita berseronoklah dengan kawan-kawan pula! Abang dah darjah lima, dah besar!” kata Danish tegas, ingin menunjukkan kepada adiknya bahawa dia memang sudah pandai jaga diri sendiri. Daniel hanya mengangguk mengiyakan.
            Malam itu, Rahima duduk bersama-sama kedua-dua anaknya serta suaminya, Johan. Dia ingin memberitahu Danish dan Daniel mengapa sebenarnya dia tidak memberi keizinan kepada mereka untuk keluar bersendirian bersama kawan-kawan tanpa ada pengawasan orang yang lebih dewasa.

           “Danish tahu tak sekarang ini banyak kes kehilangan kanak-kanak? Ada yang hilang ketika bermain, ketika berjalan bersendirian, dan ada juga yang hilang di pusat beli-belah walaupun bersama keluarga? Danish tahu tak? Ibu pernah cerita, kan?”
            “Tapi, ibu, Danish bukan pergi seorang! Danish pergi bersama Nizam dan Daniel! Nizam pasti akan bawa bersama Hilman dan Natasha! Kami nak pergi perpustakaan je, ibu! Bukankah perpustakaan tu tempat untuk membaca buku? Bukannya kami nak pergi main game!” Danish terus-menerus mempertahankan keinginannya.
            “Ibu tahu, tapi tunggulah hari minggu. Nanti ibu dan abah bawa Danish dan Daniel ke perpustakaan, bersama Nizam dan yang lain-lain ya,” Rahima cuba memujuk.
            “Dah banyak kali ibu tak benarkan Danish buat apa yang Danish nak! Dulu pun sama, tak bagi Danish pergi perpustakaan! Danish ikut je cakap ibu! Tapi sekarang, Danish dah darjah lima, ibu! Bukannya jauh sangat, dekat Jusco depan tu je!” Danish berterusan mempertahankan keinginannya.
            “Danish! Dengar cakap ibu, ya. Abah akan bawa Danish dan kawan-kawan Danish nanti pergi perpustakaan hujung minggu ini,” Johan menyampuk apabila melihat Danish seperti tidak mahu mengalah. “Danish sayang, semua keinginan Danish ibu penuhi. Danish tak mahu duduk rumah Cik Amy semasa ibu dan abah berkerja, ibu turutkan. Danish nak masuk Kelab Tae Kwan Do pun ibu turutkan. Cuma yang ini sahaja, Danish. Belum masanya lagi,” Rahima masih berusaha memujuk. Danish hanya memuncungkan mulutnya. Daniel pula hanya menjadi pemerhati.
            Keesokan harinya, Rahima dan Johan keluar berkerja seperti biasa. Sememangnya, semenjak Danish memasuki darjah lima, dia membenarkan Danish pulang ke rumah selepas habis sekolah sesi pagi, menyiapkan diri sendiri untuk ke sekolah agama pula. Itu adalah permintaan Danish sendiri, tidak mahu ke rumah pengasuh lagi. Tetapi tidak untuk Daniel. Rahima masih tidak membenarkan Daniel pulang ke rumah sendirian, justeru dia masih pulang ke rumah pengasuhnya, Cik Amy. Tetapi kala cuti sekolah, Rahima membenarkan Daniel untuk tinggal bersama-sama abangnya, tidak perlu ke rumah Cik Amy.
“Jom, Daniel. Kita pergi ke perpustakaan dekat Jusco depan tu. Nizam semua dah tunggu,” ajak Danish sambil bersiap-siap memegang kunci dan mangga untuk menutup pintu.
“Ibu marah nanti, bang,” balas Daniel.
            “Abang ada, jangan risau. Jom,” lantas Daniel hanya menuruti kehendak abangnya.
            Danish berasa gembira. Dia berasa bebas, namun dia tidak melupakan pesanan ibunya untuk selalu menjaga adiknya. Saat berjalan, tangan adiknya sentiasa diapit Danish. Dia rasa seronok berjalan bersama kawan-kawannya menuju ke perpustakaan. Sambil berjalan, mereka bercerita bersama, ketawa bersama. Danish berasa sungguh seronok.
            Sebelum sampai ke perpustakaan, lima sekawan itu ternampak lori Milo yang biasanya memberi air milo percuma. Mereka berlima menuju ke lori tersebut dengan tujuan untuk mengambil air milo percuma. Sesampai sahaja mereka ke lori tersebut,
            “Dik, nak air milo percuma?” tanya seorang lelaki. Mereka mengangguk. “Ok, masuk dalam lori ni ye. Milo ada kat dalam tu. Ada abang tengah isi dalam cawan,” sambung lelaki tadi.
Kelima-lima sekawan itu naik ke atas lori tanpa ragu-ragu. Tiba-tiba, pintu lori ditutup dari luar. Keadaan menjadi gelap. Danish, Daniel, Nizam, Hilman, dan Natasha menjerit ketakutan. Kala ini, Danish jadi panik. Dia hanya teringatkan ibunya. Segala kata-kata ibunya terngiang-ngiang di telinga. Danish takut, menyesal, dan segala macam perasaan hanya digambarkan dengan jeritan, bersatu dengan tangisan Daniel, Nizam, Hilman, dan Natasha.

            “Ibu! Tolong Danish! Tolong kami, bu!” teriak Danish menyesal.
            “Diam! Semua diam! Aku kata diam! Kalau tak, aku potong jari sorang-sorang! Nampak ni?” jerit seorang lelaki di dalam lori yang gelap itu sambil menunjukkan sebilah pisau. Kelima-lima sekawan itu ketakutan, badan mereka terhinggut-hinggut mengikut rentak lori itu yang sedang dipandu laju. Mereka masih menjerit, menangis sambil berpelukan antara satu sama lain.
            Tiba-tiba, tidak sampai lima belas minit, lori itu berhenti mengejut. Danish terpinga-pinga ketakutan sambil air mata tidak henti mengalir. Dipeluk adiknya erat. Kedengaran bunyi siren polis bertalu-talu. Danish terkejut apabila tubuhnya ditarik oleh lelaki yang bersama mereka di dalam lori itu. Pintu terbuka. Kelihatan ramai orang di sekitar kawasan itu, memerhatikan adegan yang berlaku. Polis juga ada.
            “Lepaskan kanak-kanak itu! Serah diri sekarang!” Danish terdengar amaran yang dikeluarkan oleh pihak polis melalui pembesar suara. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya diapit dengan kuat oleh lelaki itu. Dia menangis ketakutan. Dilehernya ada pisau yang diacu oleh lelaki itu. Bibir Danish tidak henti-henti menyebut nama ibunya.
            Tiba-tiba, tubuh Danish ditolak dengan kuat oleh lelaki tadi. Danish terjatuh. Dia melihat tiga orang lelaki yang membawa lori itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh pihak polis. Danish bangkit mendapatkan adik dan kawan-kawannya yang turut sedang menangis ketakutan. Kelima-lima mereka kemudiannya di bawa ke balai polis berhampiran.
            Di balai polis, Danish, Daniel, Nizam, Hilman, dan Natasha duduk menanti kehadiran ibu bapa masing-masing. Mereka masih menangis kesedihan, terutama Danish. Dia sungguh tidak sabar menantikan kehadiran ibunya. Dia ingin meminta maaf kepada ibunya kerana tidak mendengar kata.
            “Ibu!” jerit Danish tatkala terlihat kelibat ibunya. Danish nampak ibunya juga sedang menangis teresak-esak. “Danish! Daniel! Anak ibu!” Rahima memeluk kedua-dua anaknya kuat. Johan juga melakukan benda yang sama. “Danish! Daniel! Ibu sayang kamu berdua, nak! Syukur kamu tidak apa-apa,” Rahima menangis sambil mengusap dan mencium kedua-dua anaknya itu.
            “Ibu! Maafkan, Danish, ibu! Danish yang salah! Danish tak dengar kata ibu! Danish takut, ibu!” Suasana pilu menyelubungi balai polis itu dengan esak tangis keluarga kelima-lima sekawan itu.
            Sejak dari peristiwa itu, Danish telah berubah menjadi anak yang lebih mendengar kata. Kini, Danish sedar, walaupun dia sudah darjah lima, belum tentu dia mampu untuk menjaga dirinya sendiri. Dia masih anak manja ibu dan abahnya. Danish berjanji kepada dirinya sendiri untuk sentiasa mendengar kata ibu dan ayahnya.

Saturday 20 September 2014

LAWATAN KASIH KE RUMAH ORANG-ORANG TUA

Tajuk       :       Lawatan Kasih Kelab Kebajikan & Rekreasi, PPWBPKL
Gambar   :       Galeri Telefon Bimbitku

       Assalammualaikum, sahabat!

       Salam berhujung minggu! Kali ini, aku nak ceritakan pengalaman aku ketika menyertai program Lawatan Kasih ke Rumah Jagaan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong pada 23hb Ogos 2014 yang lepas. Lambat? Hihihi. Kan aku dah ceritakan sebelum ini, PC ku kala itu asyik-asyik 'cannot be displayed' je!

       Ini adalah salah satu program inisiatif anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi, PPW Bangsar & Pudu, Kuala Lumpur. Kalau tengok dalam gambar tu, memang tak ramai yang turut serta. Tetapi, aku join sekali sebab nak merasa dan melihat sendiri rumah jagaan orang-orang tua yang belum pernah aku kunjungi sebelum ini.

       Memang sedih, sebak, apabila melihat orang-orang tua di sini. Ada yang ditinggalkan keluarga, tidak punyai siapa-siapa, dan bermacam-macam lagi. Ada yang bernyanyi-nyanyi untuk menarik perhatian, nak hiburkan hati katanya. Ada juga yang tak mahu lepaskan tangan kami ketika bersalaman. "Dah tak boleh lepas ni, macam mana? Kena bawak balik ni," kata mereka yang menimbulkan sebak di hati.

Inilah makcik yang tak nak lepaskan tanganku itu! Comel!
       Di pusat jagaan ini, terdapat lebih 20 orang warga perempuan, dan beberapa belas orang warga lelaki. Aku lupa la. Hihihi. Mereka ditempatkan mengikut keupayaan. Yang masih boleh berdiri, atau yang tak boleh bangun langsung. Pusat jagaan ini adalah bekas surau yang telah diwakafkan. Letaknya betul-betul bersebelahan jalanraya. Kalau pertama kali pergi, memang payah nak jumpa sebab kalau guna Wave atau Maps sekalipun, tak jumpa-jumpa. Perlu ada nombor telefon pengerusi atau pekerja di situ.

       Apapun, itu semua rezeki masing-masing. Aku sendiri tak tahu masa tuaku nanti macam mana. Tapi, seboleh-bolehnya akan aku didik anak-anakku sepertimana ibu bapaku mendidikku, kerana akau tidak tergamak untuk menghantar kedua ibu bapaku ke tempat seperti itu. Tidak sama sekali. InsyaAllah.

       Selama dua tahun aku menjadi bendahari Kelab Kebajikan & Rekreasi, PPWBPKL, aku seronok apabila menyertai semua program anjuran kelab ini. Yelah, dah ada jawatan, walaupun tak ramai yang turut serta, kenalah aku tunjuk sikap profesional sikit. Hihi. Entah betul entah tidak ayat aku tu! Maaf, cikgu! Kalau salah, tolong betulkan!

       Akhir tahun 2014 ini, akan tamatlah tugasku sebagai bendahari kelab. Weehuuu! Penat oii jaga duit nih! Walaupun bukan di depan mata, nak mengawal debit kredit, bukan senang! Kalau tak balance, hah, jenuh kau!

       Ok lah! Setakat ini dulu cerita aku kali ini. Kalau ada program khidmat masyarakat yang aku sertai lagi selepas ini seperti sebelum ini dan yang aku ceritakan di atas ni, akan aku kongsi lagi bersama korang ya!

#Salam kasih sayang!

Friday 19 September 2014

SEDIHHH ~~~

       Argghhhhh..sedihhh..
       PC aku dah kembali tak boleh untuk ber'blog'ing..bukan ape, dalam tugas seharianku, aku perlu berhadapan dengan sistem eSPKB dan ePerolehan sama ada untuk mengeluarkan L/O (local order/pesanan tempatan), atau mengunci masuk tuntutan-tuntutan yang diterima dari guru-guru Zon Bangsar & Zon Pudu.
      Uwaaaa! Hari tu, masa aku seronok dan teruja apabila PC ku 'membenarkan' aku ber'blog'ing, pada masa yang sama PC ku tak benarkan aku membuka website ePerolehan. Oleh kerana saat itu, aku tak banyak lagi L/O yabg perlu dibuat, boleh la aku ber'blog'!
      Tapi, minggu ini, aarrgghhhhh!
      Hihihi. Sabar, sabar. Mana boleh dahulukan blog ketika waktu kerja! Kembali pada nawaitu kerja kita. Kita perlu amanah dalam menjalankan tugas.
      Tapi, tu lah. Perlu bahagikan masa. Oleh kerana PC ku ini hak milik kerajaan Malaysia, makanya, satu perlu dipilih antara dua! ePerolehan, atau blog? Ya, sudah pastinya ePerolehan!
      Dan pegawai IT di pejabatku telah menggodam PC ku semula bagi memastikan ePerolehan boleh diakses. Huwaaaa! Hahaha!
      Andai tiada khabar berita sensasi lagi terbaru dariku, bersabarlah, kerana aku terpaksa memilih antara dua, dan jawapannya anda semua tahu! Walau hati berat, namun terpaksa aku terima, demi amanah dalam bekerja! Ahakkksss!
        Hihihihi.
       #Salam kasih sayang!

Thursday 18 September 2014

BIZ SANTAI DENGAN CMD


Teks       :       Biz santai #iexp4u
Gambar  :       Arkibku

       Assalammualaikum, semua! Ha! Aku mengambil kesempatan kala waktu rehatku untuk mengemaskini blog ku. Alhamdulillah. Segala urusanku berjalan lancar. Cuma, itulah, makin hampir tirai penghujung tahun 2014, semakin banyak peruntukan yang diterima untuk dihabiskan (walaupun ada lagi lebih tiga bulan sebelum berakhirnya tahun 2014)!
       Ada yang sudah mencuba Concentrated Mineral Drops, kan? Dapat rasa keberkesanannya. bukan? Kongsilah bersama dengan pembaca-pembacaku yang lain di ruangan komen, ya! Mungkin, ada yang nak tahu tapi masih ragu-ragu atau malu-malu. Janganlah begitu! Tanya saja!
       Aku mula menitikberatkan pasal kesihatan sejak Disember tahun lepas, kalau tak silap aku. Selepas aku menjalani rawatan kesihatan di pejabatku sendiri, aku merasakan aku patut mula untuk menjaga kesihatan sendiri. Sejak itu juga, aku mula mengamalkan pemakanan suplemen Shaklee. Itupun, bukan aku terus makan tau. Aku selidik dulu kebaikan, khasiat setiap suplemen, barulah aku memutuskan yang mana patut aku ambil.
       Begitu juga dengan CMD ni! Aku bukan jenis orang yang pakai sebat je, kalau orang lain kata yang ini bagus, yang tu elok. Tidak! Mulut orang, biasalah kalau nak melariskan jualan (chewah! Macam la aku tak!). Hihihi.
       Tapi, benar. Aku bukan begitu, dan aku tidak akan mengesyorkan orang lain produk yang aku sendiri was was. CMD ni ialah sejenis mineral surih, sama macam air zam zam. Cuma air zam zam mengandungi 79 mineral, berbanding CMD hanya 72 mineral sahaja. Yelah, kalau nak dapatkan air zam zam yang tulen, tunggu saudara-mara kita ke Mekah baru boleh dapatkan. Walaupun di kedai-kedai Pak Arab sekarang pun boleh kita temui air zam zam, tapi benar-benar tulen kah ia?
       Apapun, kita hanya berusaha, bukan? CMD ini diklasifikasikan sebagai makanan, bukan ubat-ubatan atau suplemen. Maka, ia tidak memerlukan nombor pendaftaran KKM.
       Di samping dapat menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan seisi keluarga, dengan CMD dari Revell Global ini juga, dapat menjana keuntungan melaluinya juga. Macam yang sedang aku lakukan ni. Dalam aku menggunakan CMD ni, aku mengajak rakan-rakan yang lain untuk mencuba produk ini juga, dan aku akan dibayar untuk itu. Mudah sahaja, bukan?
       Bagi sesiapa yang inginkan maklumat lanjut mengenai produk CMD ini berserta bisnesnya yang santai tapi masyuk, bolehlah menghubungiku terus melalui SMS atau whatsapp ke nombor ini --> 016-5151421. Usah malu-malu. Produk ini adalah sangat mampu dimiliki malah modal paling rendah yang pernah aku temui untuk memulakan sesuatu bisnes yang santai tetapi masyukkk!

       Sampai sini dulu!
       #Salam kasih sayang!

Tuesday 16 September 2014

CUTI SEKOLAH

Tajuk       :      CUTI SEKOLAH
Gambar  :       ARKIBKU

Assalammualaikum, semua! Apa khabar? Moga semuanya berada dalam keadaan sihat wal a’fiat. InsyaAllah. Kepada yang sudah mencuba produk hebat CMD tu, pasti korang sudah rasa ada perbezaannya, bukan? Bagus! Teruskan pemakanan sihat dengan CMD-Concentrated Mineral Drops!

Saat anda sedang membaca coretanku ini, aku berada di kampung halaman suamiku di Kuala Sepetang, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ya! Mee Udang Mak Jah yang sering dikaitkan dengan Kuala Sepetang. Dekat sahaja dengan rumah ibu mentuaku. Kira-kira lima minit perjalanan. Tapi, walaupun dekat, aku tak pernah singgah kerana suamiku ni seorang yang tak berapa suka makan di luar. Apalagi di rumah ibunya sendiri sekarang ni, lebih baik makan makanan dari air tangan ibunya. Anak manja ibunya si suamiku itu, hihihi. Maklumlah, anak jantan. Itulah seorang sahaja harapan ibu dan bapanya.

Hero-heroku yang berempat nih!
Gambar ini di ambil pada akhir November 2012, di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands!
             Pulang ke Taiping, kami tidaklah selalu melawat tempat-tempat yang terdapat di sini. Bukit Larut pun tak pernah naik lagi. Pernah kami ke sana, tapi tiket untuk menaiki jip ke atas Bukit Larut sentiasa habis terjual. Belum pun sampai jam 11 pagi, sudah habis. Nampaknya, kalau sesiapa termasuk aku juga yang bercadang untuk menikmati keindahan alam dan pemandangan dari atas Bukit Larut, perlu bergerak ke sana seawal jam 7 pagi lah, kan!

Kebiasaan kami apabila pulang ke Taiping, suamiku akan melawat adik-beradiknya yang tinggal di sekitar bandar Taiping dan Kamunting. Di sini juga, dia akan mengambil peluang untuk memeriksa kereta kami, yelah, sama ada tukar minyak hitam, servis di Perodua (biasanya di Perodua Kamunting), yang memang tidak dapat dia lakukan sewaktu di KL atas sebab kesibukan kerja. Hmm, apa-apalah.

Kami bercuti tidak lama. Hari Rabu ini (esok), kami pulang dah. Aku mana boleh cuti lama-lama,oii! Maunya tinggi menggunung mejaku di ofis itu dengan lambakan kertas-kertas. Arrgghhh! Tidakkk! Memang tak boleh lama! Kerja yang sedia ada tak pernah surut-surut, bertambah lagi adalah! Kadang-kadang aku rasa macam nak mohon tukar. Hantarlah ke KPM ke, JabatanPendidikan W.P. Kuala Lumpur ke, sekolah ke, asalkan bukan di PPW Bangsar & Pudu lagi. Cuba di tempat lain pula. Yelah, sudah hampir lapan tahun aku di PPW Bangsar & Pudu, nak juga merasa suasana kerja yang berbeza sedikit. Beza pun tidaklah beza mana, masih dalam bidang kewangan dan akaun juga. Hihihi.

       Ok lah! Setakat ini dahulu ya!

       #Salam kasih sayang!

Monday 15 September 2014

ION BOTTLE HEALTH

Tajuk       :       Ion Bottle Health
Gambar  :       Arkibku

Assalammualaikum, semua!
Ayuh! Mulakan permulaan hari Isnin dengan Bismillah! Aku pasti, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti hari ini kerana esok kan hari 1 Malaysia! Sambung cuti hujung minggu hingga ke hari Selasa.

Hari ini, aku ingin berkongsi kebaikan Botol Ion Sihat (Ion Health Bottle).Ia adalah salah satu produk dari Revell selain daripada Concentrated Mineral Drops (CMD).Cantik, kan!


        Sebenarnya, bukan cantik yang jadi ukuran.Cuma disebabkan kerana struktur botol ini yang kelihatan sangat unik menjadikan bonus untuknya menarik lebih ramai pelanggan!

Banyak fungsi yang terkandung di dalam botol ini. Kalau tengok betul-betul, di dalam Botol Ion Sihat ini terdapat bebola-bebola kecil yang terkandung di dalamnya beberapa jenis batu dengan khasiat dan fungsi yang tersendiri.

i)                    Batu Merah :-       -Menghasilkan air beralkali
-Meningkatkan mineral    dalam air
-Meningkatkan system imun
-Mencegah kerosakan radikal bebas
-Meningkatkan pH badan

ii)                  Batu Hitam :-        -Alkali (pH8.5 – 9.5)
-Anti-bakteria
-Mencegah bau
-Memperbaiki rasa air
-Menggalakkan peredaran darah dan metabolisma

iii)                Seramik Putih (Coral Magnesit) :-
-Pemangkin anti-oksidan (untuk menghasilkan air anti-oksidan secara berterusan)
-Mewujudkan kelompok air yang lebih kecil untuk penyerapan yang lebih baik
-Menggalakkan penurunan berat badan

iv)                Bola Perak :-         -Menghasilkan air anti-oksidan beralkali (ORP)
-Meningkatkan imuniti
-Mencegah penuaan
-Membantu detoksifikasi
-Membekalkan tenaga


       Nah! Jomkitasama-sama menjana keuntungan sambil meningkatkan taraf kesihatan tubuh badan seisi keluarga. Botol anti-oksidan beralkali mudah alih ini boleh dibawa kemana-mana sahaja untuk memastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan peminuman air yang bersih dan selamat.

Aku tak tau macam mana aku boleh nak turut serta dalam bisnes rangkaian pemasaran ni. Dari dulu aku tak berapa berminat dengan konsep MLM ni, tetapi dengan CMD dan produk-produk dari Revell, aku rasa aku yakin boleh! Tambahan pula, aku memang menggunakan CMD ini sejak lebih sebulan yang lepas.Badan rasa lebih bertenaga, dan tak mudah mengantuk di tempat kerja. Sungguh!

Suamiku juga rasa begitu. Perubahan awal yang dirasakannya ialah dia kerap buang air kecil. Ya! Itu namanya menyahtoksin! Kalau kita makan apa-apa suplemen pun, perubahan awal yang akan kita rasa ialah kerap ke tandas (setakat yang aku alamilah! Tak tau orang lain! Hihihi). Lama-kelamaan, ia akan serasi dengan badan kita.

       Oh ya! Kalau kita sudah menggunakan botol ion sihat ini sebagai bekal air seharian, tak perlulah dititiskanl agi CMD ke dalamnya, kerana botol ini sudah sedia mengalkalikan air di dalamnya.
 
Tahap kealkalian yang tinggi akan menukarkan warna air kepada biru. Beza, kan!
       Ok lah! Sampai sini dulu untuk kali ini. Jangan lupa untuk menghubungi aku jika ingin ketahui lebih lanjut berkenaan bisnes santai ini, produk hebat, poket pun masyuk! Hubungi aku melalui whatsapp lebih mudah! 016-515 1421, simpan terus dalam buku telefon! Hihihi!

Ejen diperlukan segera, sebelum orang lain mendahului! Jom!

#Salam kasihsayang!

Sunday 14 September 2014

Concentrated Mineral Drops-CMD

Tajuk       :       Concentrated Mineral Drops-CMD
Gambar   :        Arkibku

       Assalammualaikum semua!
       Ya! Hari ini, aku nak memperkenalkan produk terbaru yang aku gunakan sekarang. Untuk kegunaa seisi keluarga demi menjamin kesihatan yang berterusan. InsyaAllah.

       Korang pasti tau tentang produk Revell, kan? CMD ni keluaran Revell, tetapi ia baru dikomersialkan baru-baru ini. Kalau korang ada lagi simpan suratkhabar, CMD ada tersiar di dalam akhbar Kosmo bertarikh 02hb September 2014 yang lepas.
       CMD ni merupakan makanan untuk sel-sel badan yang mengandungi gabungan 72 mineral semulajadi yang diekstrak dari Great Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat.
       Kandungan mineral yang terhasil melalui cuaca 4 musim menjadikan Great Salt Lake kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat, iaitu 6-10 kali lebih pekat dari air laut. Kepekatan yang tinggi dan eko-sistem yang unik (kerana adanya Alga) menjadikan CMD lebih semulajadi tulen dan paling pekat daripada mana-mana mineral yang sama jenis di dunia. Ia mudah diserap ke dalam badan manusia disamping membantu mengimbangi pH badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Yelah, kita kan disarankan untuk sentiasa menjaga kesihatan badan, baik dari segi pemakanan, senaman, dan lain-lain lagi. CMD ni adalah 100% asli, tanpa pengawet, pengisi, dan pewarna tiruan tau!
       Aku mengenali CMD ni pun sebab kedua ibu bapaku, serta kakakku menggunakan produk keluaran Revell nih. Cuma baru-baru ini sahaja, CMD lebih dikomersialkan berikutan mereka membangunkan sistem rangkaian pemasaran (network marketing) untuk produk ini. Baru lagi tau! Jadi, aku pun seperti bersemangat untuk menerajui bisnes ini sebagai antara penaung terawal. Hihihi. InsyaAllah.
       Lagipun, produk ini memang sangat berkesan dan baik untuk sistem badan kita. Badan memerlukan mineral lebih daripada vitamin. Peratusannya aku tak ingat. Nanti aku semak balik buku nota.
       Ya! Aku masih pengedar dan pengguna Shaklee. Tapi, aku juga menjadikan CMD ini sebagai kegunaan harianku, cuma titiskan dalam air minuman kita untuk mengalkalikan air tersebut. CMD lebih membantu menyerap suplemen yang dimakan tau, terus ke dalam badan kita!

       Jangan tak tau! Selain daripada dapat menjaga dan mengekalkan kesihatan tubuh badan, aku juga dapat berbisnes santai di hujung jari dan memenuhkan poket dengan mengajak kawan-kawan mencuba produk hebat ini! Macam Shaklee! Tapi pada pendapat aku, CMD dari #Richvell ni lebih masyuk!
       Mereka ini telah mendapat kelulusan halal dari segi produk yang dikeluarkan, dan sistem rangkain pemasaran yang dijalankan juga telah disahkan halal!
       Lain kali aku sambung ya!

       #Salam kasih sayang!

P/S --> Jika ada yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut info berkenaan produk CMD dan bisnes santai, produk hebat, dan poket masyuk nih, jangan ragu-ragu, terus hubungi aku di talian 016-515 1421! Whatsapp lebih senang! InsyaAllah! Kita sama-sama menjaga kesihatan sambil menuju kejayaan!

Saturday 13 September 2014

~~BACK FROM MALACCA~~

Tajuk       :       Habis Kursus di Melaka
Gambar   :       

       Assalammualaikum! Nah! Kembali semula selepas tiga hari berkursus di Melaka. Mesti berlambak-lambak himpunan kertas di atas meja kerjaku agaknya. Kena set dulu mana yang nak dibuat terlebih dahulu. Adoiii!
       Maka, cuti sekolah pun bermula. Kali ini, aku akan membawa anak-anakku pulang ke Perak, negeri kelahiran ayah mereka. Biarlah mereka ke sana, dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu belah suamiku, yang kali terakhir jumpa, rasanya ketika Aidilfitri lepas. Budak-budak. Bawa mereka balik kampung belah siapa pun, mereka suka. Dapat merasai suasana kampung yang nyaman, mengenali haiwan-haiwan yang memang tak terdapat di KL ni (yang dah kena sembelih ada lah!)! Hihihi.
       Selama tiga hari aku berkursus, aku banyak didedahkan dengan maklumat-maklumat berkaitan pengurusan gaji, elaun dan kemudahan penjawat awam. Emm, memang boleh dipraktikkan di tempat kerja kerana itu semua di dalam bidang tugasanku. Dan selama tiga hari itu juga, si kecilku nampaknya tidak menangis apabila ditinggalkan. Wah! Sudah boleh tinggal dengan ayahnya dah! Kalau tidak, berkepit 24 jam. Hihihi.
       Nampaknya, macam tak keluar idea lah nak menulis. Lain kali, aku sambung lagi ya!
       Oh ya! Aku sekarang menyertai satu bisnes yang santai, masyuk, dan produk yang sangat berkhasiat! Nanti aku ceritakan ya!
       #Salam kasih sayang!

Concentrated Mineral Drops & Ion Health Bottle


Wednesday 10 September 2014

~~OFF TO MALACCA~~


Tajuk       :       KURSUS DI MELAKA 10hb-12hb SEPTEMBER 2014
Gambar   :       My Arkib!

      Hari ini, aku akan berkursus ke Melaka selama tiga hari. Kursus Gaji, Elaun dan Kemudahan Lain untuk Penjawat Awam anjuran Unit Latihan, JPWPKL. Hmm, selama aku berkerja di bawah Kementerian Pendidikan dan selama aku diberikan tugas menguruskan gaji, aku tidak pernah dipanggil untuk berkursus walaupun itu adalah amat kuharap-harapkan. Sampaikan pernah aku terfikir, mereka ni lupakah pada pejabat pendidikan di bawah ini. Maklumlah, sebelum ini, Jabatan Pendidikan W.P.Kuala Lumpur berdiri sendiri. Sehinggalah pada tahun 2006, barulah pejabat pendidikan ditubuhkan di W.P. Kuala Lumpur.

     Kali ini, saat aku dijemput untuk menjadi peserta kursus anjuran mereka, aku sudah tidak lagi ditugaskan untuk menguruskan bab gaji. Sudah 're'shuffle tugas dengan kawan-kawanku yang lain di Unit Kewangan & Akaun, PPW Bangsar & Pudu. Yelah, sudah hampir lima tahun aku menguruskan gaji, biarlah orang lain pula menimba pengalaman dan aku juga mencari pengalaman lain pula menguruskan peruntukan-peruntukan semasa.

       Gambar di atas tu, gambar aku ke Melaka pada tahun 2008. Retreat kali pertama anjuran PPW Bangsar & Pudu (dulu masih dipanggil PPD Kuala Lumpur kerana belum dipecahkan mengikut zon). Berlatarbelakangkan bekas tinggalan sejarah, Kota A Famosa.

       Ya! Kali ini, aku akan ke situ lagi. Walaupun kadang-kadang bosan asyik ke Melaka. Kalau bukan ke Melaka, pasti Port Dickson. Memang itu sahaja kawasan-kawasan di dalam pakej yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kami yang di kawasan Kuala Lumpur. Dasar penjimatan.

       Oklah! Sebelum ke sana, banyak benda yang perlu diuruskan terlebih dahulu!

# Salam kasih sayang!

Tuesday 9 September 2014

RINDU INI PART II ~~


Tajuk       :       RINDU INI PART II ~~
Gambar   :       Carian Google

       Assalammualaikum, semua! Wah! Lamanya aku biarkan blog ku ini bersawang! Menyepi tanpa ada perkhabaran baru semenjak berakhirnya Program MiG pada bulan Mei lepas. Hahaha!

       Apa khabar pengunjung-pengunjung blog ku? Harap korang semua sihat. Chewah! Perasan la pulak ada pengunjung setia! Hihihi! Tapi, apa yang pasti, aku tahu bahawa sahabat-sahabat ABDR ku pasti mengunjungi blog ku ini apalagi aku yang dah sekian lama tidak mencoret, hari ini tiba-tiba ada pula secebis bingkisan dari diri ini.

       Aku seperti aku yang dulu. Tapi mungkin, ada perubahan dari segi kesibukan tugas hakiki yang membataskan masa ku untuk ber'blog'ing. Namun, jangan tak percaya tau! Sifu maya ku sentiasa bersamaku. Tidak mahu Kelas Asas Penulisan Kreatif yang kusertai terkubur begiru sahaja. Aku sangat berbesar hati dengan kesungguhan sifu maya ku yang tidak mahu aku terberhenti separuh jalan dalam berkarya di blog. Hihihi! Terima kasih, Cikgu Monalita Mansor.

       Apapun yang kuharapkan, biarlah aku tidak mengecewakan sifu maya ku. Walau sesibuk manapun aku dengan tugas hakiki ku, akan aku cuba untuk meluangkan masa ber'blog'ing. Apatah lagi, hari ini sangat mengejutkan aku! PC di pejabatku yang selama ini asyik 'cannot be displayed' je, hari ini boleh pulak menembusi blog ku! Hahaha! Aku suka! Harap-harap, esok dan seterusnya seperti hari ini juga!

#Salam kasih sayang!